Luar Negara

Tujuh pelombong maut di Peru

By  | 

LIMA: Kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di sebuah kem di wilayah Puno di sempadan Peru dan Bolivia mengakibatkan sekurang-kurangnya tujuh pelombong maut.

Kedudukan kem terbabit di kawasan terpencil, yang dipercayai dibina tanpa kebenaran, menyukarkan usaha menyelamat oleh anggota bomba dan polis.

Insiden tanah runtuh itu disyaki berlaku pada Selasa lalu, sebelum maklumat mengenainya didedahkan pihak berkuasa semalam.

“Kami berjaya menemui tujuh mayat mangsa dan terdapat kira-kira 50 rumah di kem itu,” kata datuk bandar, Fabian Vargas.

Ketika ini, ada beberapa kem dibina secara haram di wilayah itu, oleh pelombong yang mahu mendapatkan emas.

Sementara itu, perkhidmatan kecemasan Peru berkata, pihak tentera dan polis masih meneruskan operasi mengenai mangsa yang terselamat. – AFP