Luar Negara

Video Lelaki Nyaris Kena Sambar Petir Masa Berjalan Waktu Hujan Lebat

By  | 

Seorang lelaki hampir bertemu ajal apabila dia nyaris-nyaris terkena sambar petir semasa ingin menuju ke keretanya.

Menurut sumber WMBF News, ketika hujan lebat dan kilat sedang menyambar pada waktu itu, Romulus McNeill ingin meninggalkan perkarangan sekolahnya Academy for Technology and Academics.

Video berdurasi 17 saat itu menunjukkan dia bergegas ke keretanya.

Saya cuba ambil peluang dan saya ada terbisik dalam hati, harap-harap lah tak kena kilat – McNeil

Tapi tak diduga kilat itu hampir menyambarnya. Kalau korang lihat dalam video dia jarak hanya beberapa inci sahaja.

Dilihat McNeill terkejut sampai terlepas payungnya, dalam keadaan panik dia kemudian capai semula dengan pantas dan berjalan ke tempat letak kereta dengan pantas.

“Saya sangat terkejut, rasa tak terjangkau dek akal perkara ni boleh terjadi. Saya cuma nak balik rumah untuk makan.”

Mujurlah McNeil tak apa-apa. Dia kongsikan video rakaman CCTV itu melalui Facebooknya dan meraih sebanyak 229,000 jumlah tontonan.

LOBAKMERAH