Luar Negara

(VIDEO) ‘Mereka Masuk & Terus Serang Saya’ – Guru Cedera Di Muka Akibat Dicakar Ibu Pelajar

By  | 

Seorang guru wanita berusia 40 tahun di sebuah sekolah di Kecamatan Somba Opu, Kabupaten Gowa, Indonesia, cedera di muka akibat diserang ibu pelajarnya. 

Klip video berdurasi 20 saat yang tersebar di media sosial menunjukkan, Astiah yang ketika itu memakai baju putih dipukul dua wanita (adik beradik) di depan pelajarnya, Rabu, 4 September. 

Menurut laporan Sindo News, anak kepada wanita terbabit didapati bergaduh dengan pelajar lain.

Walaupun Astiah telah menyelesaikan masalah di antara dua pelajar itu, namun mereka mendakwa Astiah berlaku tidak adil.

“Anak saya dipukul setengah mati oleh rakannya dan kemudian mengadu kepada guru.

Tetapi anak saya turut dimarahi guru.

Maka saya melaporkan kejadian itu kepada pengetua sekolah,” kata suspek. 

Difahamkan, anak suspek terbabit dalam pergaduhan pada waktu rehat. Sementara itu, Astiah berkata, “Mereka masuk ke kelas dan menyerang saya yang sedang mengajar.

Yang saya kesal adalah sikap keluarga pelajar itu datang ke sekolah dengan keadaan marah dan tidak bercakap secara baik”.

Pengetua sekolah berkenaan, Nurjannah menegaskan, pihaknya tidak dapat menerima tindakan barbaric dua wanita itu dan dan melaporkan kes itu kepada pihak polis.

Malah pelajar yang terlibat akan dibuang sekolah serta-merta. 

Ekoran kejadian itu, polis telah menahan dua suspek terbabit dan mereka telah memohon maaf kepada Astiah. 

“Saya memohon maaf pada Cikgu Astiah dan sangat menyesal atas perbuatan yang saya lakukan itu,” kata salah seorang suspek. 

Sumber: Sindo News