Semasa

[VIDEO] Netizen Bengang, Pemandu CRV Jadi Punca Ambulan Kemalangan!

By  | 

Viral di Twitter sejak semalam, satu video yang dirakam melalui dashcam sebuah kereta menunjukkan kemalangan yang melibatkan ambulan.

Difahamkan, kejadian tu berlaku pada 1 September 2019 di lebuh raya Karak menghala ke Plaza Tol Gombak pada jam 7.43 malam. Kemalangan itu telah menaikkan kemarahan ramai netizen kerana sikap pentingkan diri pemandu lain yang menyebabkan ia berlaku.

Melalui rakaman video itu, jalan dilihat dipenuhi kenderaan bergerak perlahan sebelum sebuah Honda CRV dari lorong tengah terus masuk ke lorong kiri dan memecut untuk ke laluan kecemasan.

Sebuah ambulan kemudian dilihat melalui laluan kecemasan itu namun disebabkan tindakan pemandu Honda CRV tersebut berlaku perlanggaran menyebabkan ambulan tersebut terbabas di dalam longkang.

Salah seorang pemandu yang melalui kawasan itu selepas berlaku kemalangan turut kongsikan satu video menunjukkan ramai orang berada di tepi jalan untuk menghulurkan bantuan.

Tidak dinyatakan berapa orang berada di dalam ambulan dan bagaimana keadaan mereka tapi ramai netizen menyatakan rasa marah mereka kepada pemandu Honda CRV tersebut.

Sumber: Twitter

Tolonglah jangan pentingkan diri bila drive. Bukan sekali accident melibatkan ambulan berlaku dekat Malaysia ni haihhh…

LOBAKMERAH