Semasa

(Video) ‘Sanggup jadi bodoh kerana nak viral’ – Netizen

By  | 

Baru-baru ini viral di media sosial video gelagat dua gadis di luar kebiasaan sifat wanita, mengundang pelbagai reaksi netizen yang menganggap ‘tergedik-gedik macam beruk kena belacan’. 


Berdasarkan klip video pendek itu, dua gadis terbabit membuat aksi ‘gedik’ di belakang motosikal milik rakannya sambil diperhatikan oleh ahli kumpulan mereka yang berada berhampiran. 

Dua gadis yang tidak diketahui identitinya itu merupakan sebahagian daripada ahli kumpulan yang diberi nama ‘Gades Pontian. 


“Benda boleh viral, buatpa nak simpan. Benda boleh rilek, buatpa gelabah,” kapsyen kumpulan terbabit di Instagramnya, yang menyedari video aksi mereka itu telah viral di media sosial 

thereporter