Semasa

(Video) ‘Tengah main Pokemon, tetiba gay ni kacau’, minta main

By  | 

Seorang lelaki mendakwa dia telah diganggu oleh lelaki songsang ketika sedang bermain permainan Pokemon di Pulau Pinang. 


Menurut Syaheer Ahmad, kejadian itu berlaku pada malam Ahad lalu di mana dia diekori seorang lelaki gay yang berusaha mendekatinya.

“Semalam aku tengah jalan-jalan, main game Pokemon dekat Penang. Tetiba seorang gay ni kacau aku. Dia ikut saja aku, sampailah kali ketiga dia datang, aku record terus apa dia cakap,” katanya. 


Berdasarkan klip video yang dikongsikan di Twitternya, Syaheer bertanya apa tujuan sebenar lelaki itu mendekati sebelum dia menjelaskan bahawa dia mahu melakukan hubungan luar tabii dengan Syaheer. 

Bagaimanapun, Syaheer menolak dan menegaskan bahawa dia bukan gay serta meminta lelaki itu tidak mengganggunya. 

Lelaki itu enggan mengalah, masih terus mencuba ‘mendapatkan’ Syaheer. 

Lelaki itu enggan mengalah, masih terus mencuba ‘mendapatkan’ Syaheer. 


Di penghujung video, Syaheer beredar meninggalkan lelaki itu. 

thereporter