Semasa

[Video] Wanita Zalim Cucuh Puntung Rokok Dekat Mata Anak Anjing

By  | 

Walaupun video ini berdurasi 2 minit 17 saat tak sanggup nak tengok perbuatan kejam macam ni sampai habis. Biadap!

Kadang-kadang tak faham macam mana ada manusia yang tergamak melakukan perbuatan terkutuk macam video perbuatan zalim seorang wanita terhadap haiwan ni.

Ni orang ke syaitan? – Netizen

Sumber : Blog

Kalau korang jenis hati kering, dapat dilihat, sekali imbas nampak macam kertas biasa, tapi lepastu baru dapat tahu yang itu adalah rokok yang dibakar puntungnya.

Ia jelas kelihatan apabila wanita itu hisap rokok dan cucuh ke mata anjing tersebut berulang kali, dalam masa yang sama dapat dilihat anak aniing tersebut seolah-olah meraung kesakitan.

Dikatakan video ni tersebar melalui Whatsapp sebelum menular ke Twitter, walaupun kurang pasti lokasi kejadian, tapi ada yang mengatakan ia mungkin dari Malaysia. Harap-harap bukan!

Info mengatakan bahawa wanita itu orang tempatan, ada juga yang mengatakan dia orang Serani ataupun campur.

Sudah semestinya ia mengundang kemarahan ramai, kalau diperhatikan ada kemungkinan juga video ini dah lama, tapi menurut Shafiq Sunazman, kongsikan video ini adalah untuk untuk bantu cari siapa dalang dia

“Bermungkinan ada video lain oleh orang2 macam ni pada masa akan datang,tapi,kita mampu cuba bantu untuk mencari siapa dalang dia.”

Perempuan jahanam – Netizen

Bukan tu je tau, ada lagi video kekejaman dia pijak anak-anak anjing, korang boleh tengok sendiri melalui sumber.

Andaikata ianya berlaku di dalam negara, ramai netizen menggesa agar pihak PDRM mengenakan tindakan setimpal kepada mereka.

LOBAKMERAH