Luar Negara

(Video)Selepas 2 Minggu, Jasad Kanak-Kanak 2 Tahun Jatuh Dalam Lubang Akhirnya Berjaya Ditemui

By  | 

Pasukan penyelamat Sepanyol pada Sabtu berjaya menemui mayat kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun selepas dua minggu terperangkap dalam lubang, sejak 13 Januari lalu.

Sebelum ini, kanak-kanak malang itu, Julen Rosello, dilaporkan telah terjatuh ke dalam sebuah lubang sedalam kira-kira 100 meter dengan bukaan 25 sentimeter dimana laluan masuk tertutup dengan pasir ketika keluar berjalan-jalan dengan keluarganya.

Bukaan lubang tersebut yang terlalu kecil menyaksikan pasukan penyelamat yang terdiri daripada kalangan orang dewasa mengalami kesukaran untuk menuju ke kedudukan jasad kanak-kanak tersebut.

Menyulitkan lagi keadaan, terdapat banyak batu-batu besar dan pasir yang menutupi bahagian lubang yang menyaksikan kerja-kerja menggali lubang berkenaan terpaksa dilakukan siang dan malam.

Pasukan penyelamat sebelum ini sudahpun mengguna pakai pelbagai alternatif menyelamat dalam tempoh 2 minggu ketika waktu kian suntuk dan wujud kebimbangan terhadap keadaan Julen.

Antaranya adalah menggunakan bahan letupan untuk membuka laluan dan membina terowong secara horizontal untuk menuju ke lokasi Julen berada.

Walaupun kerja-kerja menyelamat dijalankan sejak 2 minggu lepas, pasukan penyelamat hanya berjaya sampai ke kedudukan Julen semalam. Ketika kerja-kerja menyelamat dilakukan, pasukan penyelamat mendapati tiada lagi tanda-tanda kanak-kanak malang berkenaan masih bernyawa.

Ia berikutan kebimbangan pasukan penyelamat bahawa Julen mungkin tertimbus dengan pasir ataupun ditimpa batu-batu besar yang menutupi lubang tersebut.

Media Sepanyol juga melaporkan bahawa ini kehilangan kedua kepada keluarga Julen selepas saudaranya kandungnya meninggal dunia dua tahun lepas akibat sakit jantung.

Sumber : Irish Time