Semasa

Wanita Berani ‘Block’ Kereta Orang, Minta Duit Kononnya Ibu Tunggal Dalam Kesusahan Di Shah Alam

By  | 

Nak kata tak sihat, nampak cukup zat tubuh badan. Tapi kenapa orang-orang yang elok dari segi mental dan fizikal ni tergamak buat kerja yang terkutuk demi dapatkan wang dengan cara mudah ye?

Baru-baru, ni viral di Twitter sebuah insiden yang kerap berlaku di Shah Alam, apabila netizen melaporkan kononnya ada seorang wanita gemar meminta wang dengan cara menghalang kereta mangsa di tepi jalan. Uish scary! 

“Wanita ni gangster. Kawan kena follow kat kawasan Bangunan MRCB. Dia ketuk cermin” 

Menurut perkongsian yang tengah heboh di grup-grup Whatsapp, suspek yang mengaku sebagai ibu tunggal dalam kesusahan ini akan drive kereta Kancil putihnya dan block kereta mangsa secara tiba-tiba dengan alasan ingin meminta wang. 

Walaupun perkara ni nampak macam harmless, tapi ada juga netizen yang claim mereka terkena perkara yang sama dan wanita ni pernah ikut mereka sampai mereka beri duit tersebut. Uish takuttt! 

Sumber: Twitter

Bukan sikit-sikit orang yang pernah kena, ramai juga yang luahkan situasi sama. Menurut salah seorang netizen, wanita ni akan aim mereka yang berada di kawasan parking. Hati-hati orang Shah Alam! 

“Aku bagi seringgit dia campak balik duit aku… setan betul!” 

Apa-apapun netizen nampaknya macam tak boleh nak buat apa-apa sangat kepada wanita ini sebab katanya dia tak adalah menggunakan kekerasan yang keterlaluan sampai korang boleh dakwa dia di balai polis.

Macam manapun berhati-hatilah ye orang Shah Alam. Kalau boleh elakkanlah daripada bertembung dengan wanita ini. 

LOBAKMERAH