Luar Negara

Wanita Kena Tikam Leher Dengan Bekas Suami Depan Anak Waktu Tengah Makan Di Kafe

By  | 

Mak…tolong jangan mati…”

Itulah yang dikatakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun sambil menangis teresak-esak saat ibunya bertarung nyawa akibat ditikam oleh bekas suami. Menurut Straits Times, seorang wanita Turkey berusia 38 tahun telah diserang dan ditikam di bahagian leher oleh bekas suaminya pada Ahad lepas, 18 Ogos di hadapan anaknya.

Sumber: Aksam

Peristiwa mengejutkan itu kini mencetuskan kemarahan ramai orang di Turkey selepas video ketika kejadian menjadi viral di internet. Difahamkan, ketika itu Emine Bulut bersama anaknya sedang makan di sebuah kafe dekat Kirikkale sebelum tiba-tiba diserang bekas suaminya.

Dalam keadaan berlumuran darah, Emine sempat menjerit pada anaknya,

Saya tak mahu mati…”

Sumber: Aksam

Melalui video yang kini viral di internet, Emine dilihat memegang lehernya sambil berlumuran darah. Anaknya pula berada di situ menangis teresak-esak melihat keadaan ibunya pada ketika itu.

Bekas suami Emine bagaimanapun sempat ditahan oleh orang awam sebelum sempat melarikan diri. Tapi, malangnya mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Sumber: Takvim
Sumber: Twitter

Suspek dikenali sebagai Fedai Baran dan mereka berdua telah bercerai sejak empat tahun lalu. Fedai memberitahu polis dia membunuh bekas isterinya itu menggunakan pisau yang sering dibawanya.

Kejadian ini telah menyebabkan penduduk setempat membuat bantahan dan demonstrasi di bandara Ankara. Mereka menuduh kerajaan gagal memberhentikan keganasan terhadap wanita selain mahu pembunuh (bekas suami) dijatuhkan hukuman berat.

LOBAKMERAH