Luar Negara

Wanita sembelih, hisap darah anak saudara

By  | 

NEW DELHI: Hanya kerana bergaduh dengan kakak ipar, seorang wanita umpama dirasuk pontianak apabila sanggup menyembelih anak saudaranya sebelum menghisap darah mangsa, dalam kejadian di India baru-baru ini.

Mirror Online melaporkan, kejadian berlaku berhampiran rumah mereka di kampung Lakeyuputta, dekat bandar Visakhapatnam, tenggara Andra Pradesh selepas wanita terbabit, Vamthala Rasmo, 30, melarikan mangsa, Korra Anitha, 6, dan adiknya, Sandhya, 4, ke dalam hutan.

Sebelum itu, Vamthala dikatakan menumpang di rumah abang dan kakak iparnya, Chinnammi untuk sementara waktu di kampung terbabit selepas bertengkar dengan suami, Chiranjeevi.

Bagaimanapun, wanita itu naik angin selepas dinasihatkan oleh kakak iparnya supaya pulang semula ke rumah kerana ia mungkin masa yang sesuai untuk berbaik dengan suaminya.

Dia menyembelih mangsa di hadapan Sandhya menyebabkan kanak-kanak itu ketakutan dan terus pulang menceritakan kejadian terbabit kepada penduduk kampung.

Penduduk yang berada di lokasi mendakwa sempat melihat kejadian itu di depan mata apabila wanita terbabit didapati sedang menghisap darah mangsa yang mati disembelih.

Mereka mengikatnya pada pokok sebelum menghubungi polis untuk menahan wanita terbabit yang kini berdepan dengan dakwaan bunuh. – Agensi