Semasa

Wanita Tikam Bayi 3 Bulan Lepas Dengar ‘Bisikan Ghaib’ Beritahu Anak Akan Masuk Syurga

By  | 

Tragedi seorang ibu menikam bayinya berusia 3 bulan menggemparkan warga setempat dekat sebuah penempatan di Bandung, Indonesia. Kejadian mengejutkan itu dilakukan seorang ibu berusia 29 tahun menggunakan pisau dapur ketika berada di rumah ibu mentuanya, lapor Heta News.

Pada petang 1 September baru-baru ini, wanita berkenaan yang baru sahaja selesai memandikan bayi kandungnya itu sebelum tiba-tiba bertindak menikam anak malang tersebut.

Gambar hiasan

Tidak dinyatakan siapa yang hubungi pihak polis tapi menurut salah seorang penduduk, Tarja, 40, petang itu mereka dikejutkan dengan kehadiran kereta polis. Seorang pegawai malah sempat bertanyakan alamat rumah wanita terbabit kepada penduduk di situ.

Polis datang dan menanyakan alamat rumah ibu itu. Selepas mengikuti polis ke rumah itu, ternyata anaknya meninggal.”

Wanita itu kemudian ditahan dan ketika disoal siasat dia mengaku membunuh anaknya dan mendakwa perbuatan itu dilakukan selepas terdengar suara bisikan ghaib! Menurutnya, suara itu berkata,

Kamu belum bersedia menguruskan anak, jadi bunuh saja anakmu. Anakmu kirim ke surga.”

Gambar hiasan

Selepas siasatan awal, polis merumuskan wanita itu mengalami baby blues syndrome atau meroyan. Bagaimanapun, mereka masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes pembunuhan ini.

Masih diperiksa soal motifnya. Mohon waktu hasil pengembangan pemeriksaannya.”

Penduduk setempat masih terkejut dan terkesan dengan pembunuhan bayi malang itu kerana menurut mereka keluarga itu baik dan tidak pernah mempunyai sebarang masalah.

Kami di sini juga terkejut kerana keluarga itu keluarga baik-baik tapi tiba-tiba ada kejadian seperti ini.”

Ibu muda itu kini didakwa atas tuduhan membunuh dan kes disiasat mengikut Pasal 338 KUH Pidana (Kanun Jenayah). Polis melaporkan mereka masih menyiasat kronologi kejadian itu dan bayi berkenaan adalah anak pertama wanita terbabit.

Gambar hiasan

Kesian. Entah apa yang dilalui si ibu sampai kena baby blues syndrome

LOBAKMERAH