Luar Negara

Warga Emas Maut dipercayai dibaham Buaya

By  | 

Seorang lelaki warga emas Indonesia berumur 61 tahun maut dipercayai dibaham buaya selepas mayatnya ditemui di tepi sebatang sungai di Sebuah Ladang Sawit, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataan berkata, pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 8.56 pagi.

Sejurus selepas itu, sepasukan lima anggota Bomba dan Penyelamat Tawau diketuai PB Syed Mohd Rudhaisi kemudian respon ke lokasi menggunakan sebuah utiliti.

Difahamkan, Mangsa ditemui di sungai pada 11.34 pagi dan mayat seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum menamatkan operasi pada 11.38 pagi.

Gambar BES TAWAUfm

Gambar BES TAWAUfm
Gambar BES TAWAUfm
Gambar BES TAWAUfm

SUMBER : #BESTAWAUfm

sabahpost